Berubah

POSTED ON: 2 Aug 2011 @ 04:14 | 119 drops love



Berubah daripada sikap negatif kepada sikap positif amatlah baik  . Namun perubahan itu tidak semudah disebut . Ia mungkin memakan masa yang cukup lama, malah mungkin bertahun-tahun lamanya .


Tetapi apa yang penting ialah kesedaran dan kesungguhan . Jika tidak ada kesedaran untuk berubah, kesungguhan pasti tidak akan timbul . Kesedaran cuma akan lahir di dalam hati dan perasaan orang itu sahaja .


Biar apa sekalipun alasannya, kesedaran untuk berubah itu perlu lahir terlebih dahulu . Kesedaran itu haruslah lahir daripada hati yang jujur . Tanpa kejujuran, perubahan itu hanyalah 'plastik' .


Perubahan sikap berlaku kepada semua orang: tua, muda, lelaki, perempuan . Tetapi tahap perubahan itu yang mungkin berbeza . Perubahan sikap pada orang tua mungkin lebih lambat terjadi jika dibandingkan dengan perubahan sikap remaja . Orang tua yang sikapnya sudah sebati dengan kehidupan mungkin sukar berubah . Remaja yang terdedah kepada segala kecanggihan teknologi masa kini mungkin lebih mudah melakukan perubahan . Tambahan pula jika remaja itu memang mahukan perubahan di dalam dirinya .


Lazimnya perubahan berlaku apabila seseorang itu ditimpa sesuatu musibah berat . Pengalaman pahit yang dilalui boleh mendorong kepada berlakunya perubahan sikap . Daripada sikap negatif kepada sikap positif .


Namun, tidak dapat disangkal ada juga perubahan sebaliknya berlaku ke atas seseorang manusia . Semua itu bergantung kepada kesedaran dan kesungguhannya untuk berubah .


Tetapi jika anda ingin berubah, lebih baiklah berubah daripada sikap yang negatif kepada sikap positif kerana lebih banyak kebaikan yang akan anda nikmati .

Pucuk pangkalnya semuanya ats diri kita , jika kita inginkan kebaikan , maka baiklah . Jika kita inginkan keburukan , buruklah . Tapi sekiranya kita berubah , berubahlah kerana DIA . DIA sahaja yang menjamin mana letaknya diri kita satu hari nanti . Wallahualam :D
❤' Older | | Newer '❤