Keajaiban Ramadhan yang penuh keberkatan akan segera tiba. Banyak sekali di antara kita yang melewatkan Ramadhan dengan cara yang pelbagai.Namun di sebalik itu semua ternyata tersembunyi keajaiban Ramadhan yang tidak diketahui oleh ramai orang.
Dalam Bulan Ramadhan, Imam Syafie menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat. Inilah 'rahsia 31 Keajaiban Ramadhan'
Dalam Bulan Ramadhan, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias. Rasulullah saw. bersabda: "... Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman:" Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh akan berehat dari keletihan (hidup di) dunia menuju negeri -Ku dan kemuliaan-Ku ... "[HR. Baihaqi]. Itulah sisi menarik keajaiban bulan Ramadhan yang tak banyak orang tahu.
Langsung Saja sekilas tentang 31 Keajaiban Ramadhan:
1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan.
Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa". (Al-Baqarah: 183).
2. Ramadhan bulan mujahadah.
Para ulama 'salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontohi. Seperti Imam Asyafi'i, dalam bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3. Puasa Ramadhan mengajar kita sifat amanah.
4. Puasa Ramadhan melatih kita berdisiplin.
5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa prihatin sesama muslim.
6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran.
7. Puasa Ramadhan memberi kita kesihatan.
Rasulullah bersabda: "Berpuasalah, maka kamu akan sihat" (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadis ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadis ini sehingga peringkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini. Jatuh pada Bulan Ramadhan.
9. Ramadhan bulan penuh ampunan.
Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan, Rasulullah saw. bersabda: "Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan didasari keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu." (HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya.
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah saw. bersabda: "Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahkan lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah, maka Ia tidak akan mengadzabnya selamanya ... "(HR. Baihaqi).
11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari misk di hadapan Allah.Apalagi mulut kita wangi.
Rasulullah saw. bersabda: "... Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika petang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau misk ..." (HR. Baihaqi).
12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta keampunan untuk umat ini.
Rasulullah saw. bersabda: "... Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta keampunan untuk mereka siang dan malam ..." (HR. Baihaqi).
13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri.
Rasulullah saw. bersabda: "... Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman:" Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh akan berehat dari keletihan (hidup di) dunia menuju negeri -Ku dan kemuliaan-Ku ... "(HR. Baihaqi).
14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini.
Rasulullah saw. bersabda: "... Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua.Lalu bertanyalah seorang lelaki dari satu kaum: "Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda: "Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka imbalannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu.
Rasulullah saw. Bersabda: "Jika Ramadhan tiba dibuka pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).
16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajipan dan menghidupkan Ramadhan.
17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda.
18. Seluruh hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan.
Rasulullah saw. bersabda: "... Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan paripurnanya adalah pembebasan dari neraka ..." (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa, Allah SWT akan memberi minum kelah di Syurga.
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah saw. bersabda: "Dan barang siapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga". (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik sedekah iaitu sedekah di bulan Ramadhan." (HR.Tirmidzi).
21. Doa mustajab di bulan Ramadhan.
Diriwatkan dari Abu Umamah ra, bahawa Rasulullah saw. bersabda :"... Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda: "Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang terdhalimi". (HR. Tirmidzi)
22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji.
Rasulullah saw. bersabda kepada seorang wanita Ansar: "Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji." (HR. An Nasa'i).
23. Pahala iktikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah.
24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar).
25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.
26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan.
27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan.
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang terletak dua batu dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surah Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah saw.
28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan.
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan berlaku pada hari Jumaat, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta'ala berfirman: "Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kamu dalam keadaan terhina, maka takutlah kamu kepada Allah, semoga kamu bersyukur". (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas berkata: "Saat itu hari Jumaat, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Firaun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.
29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan.
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata". (Al Fath: 1)
30. Islam tersebar di Yaman pada bulan Ramadhan.
Tahun ke sepuluh Hijrah pada bulan Ramadhan Rasulullah saw. menunjuk Ali bin Abi Talib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang mengandungi ajakan untuk memeluk Islam. Begitulah keajaiban-keajaiban di Bulan Ramadhan. Masih banyak lagi Keajaiban di Bulan Ramadhan yang boleh kita temukan dan kita raih. Jangan sia-siakan peluang berharga ini, kerana kita tidak tahu apakan Bulan ramadhan tahun depan kita masih diberi umur panjang Oleh Allah SWT.Semoga Bermanfaat. Amin.